Kau pergi jua....

Kau pergi jua..
Setelah cintaku ini
membara..
Belum sempat kucurahkan
kasihku..
Kau pergi tak
kembali..


Bait-bait lagu tu bermain-main dalam fikiranku.Saat kuterima mesej pesanan ringkas yang menyatakan kau telah meninggal duia, hatiku seakan-akan dirobek.Entah apakah perasaan yang dapat kumengertian.Tergamam dan
terkedu dengan berita yang baru sahaja kuterima,seolah-olah mereka sengaja membuat aku terus bingung tanpa
noktah.


Namun, keinginan untuk mengetahui cerita sebenar mengatasi segala-galanya.Nombor JAP kudail untuk mencari sendiri provokasi yang bersarang di benakku semenjak tadi.Aku sendiri kaget hakikatnya untuk berdepan dengan kenyataan yang bakal kudengar dari mulut JAP sendiri.


Ternyata kau telah pergi dahulu dijemput Ilahi.Terkenang jua pada saat itu betapa aku menyayangi kau sedari dulu.Kita berkawan saat kumelangkahkan kaki ke sekolah teknik.Biarpun berlainan kelas, tapi kita semakin rapat.JAP,DEA,FIFI,EMA,ODIE,AKU dan KAU sama-sama belajar dan mengecapi nikmat hidup remaja bersama.Setiap hari ada sahaja telatah kau yang mencuit hati.Kau sememagnya kawan yang banyak mewarnai hidup kami dengan gelak ketawa dan gurau senda.


Kau memang sangat cantik.Itulah ungkapan yang selalu aku katakan pada kau.Mata coklat,rambut keperang-perangan semulajadi dan berdarah campuran Singapura yang aku tau dahulu menguatkan lagi pujianku yang kau sememangnya gadis yang cantik.


Ingat tak lagi pada dakwaan kawan-kawan sekeliling yang mengatakan bahawa kita kembar?Aku marah pada mulanya tapi lama-lama aku kian gembira mendengar perkataan "kembar" itu. Baru kuperasan yang kita hampir sama.Fizikalmu yang comel dan chubby, kulit yang putih dan cara jalan kita yang seakan sama menjadikan kita kembar di mata kawan-kawan kita.


Banyak program di sekolah yang mengeratkan lagi hubungan kita semua.Kita semua menyertai Berjalan Untuk Negara di mana kita semua memakai t-shirt kaler merah beramai-ramai.Tak kering gusi kami dibuatnya dengan lawak spontan dari kau yang mencuit hati kami.Kau tak pernah melukakan hati kami.Kau banyak mencipta tawa biarpun kami di dalam duka.


Ah!Baru kusedar semuanya itu tinggal kenangan.Kenangan yang tak mungkin berputar kembali dek masa.Setelah tamat pengajian di sekolah teknik,ku tak berkesempatan menemui kau lantaran kita sama-sama sibuk dengan pengajian masing-masing.Aduh.Betapa terkilannya hati ini.Kau telah pergi meninggalkan kami.Kau telah pergi...


Sukar untukku menerima hakikat ini.Kau pergi menemui-Nya setelah kau mengadu pada adik yang kau sesak nafas.Kau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi.Aku yang menerima berita sedih itu cuba menenangkan diri.Aku tak percaya tapi itulah yang terjadi.Aku kena percayakan takdir-Nya.Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.


Baru sahaja tadi kutitipkan al-Fatihah dan Yassin untuk kau-semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Kehilangan kau amat dirasai oleh kami.DEA yang akan menjawab test akan datng ke rumah kau sebentar lagi dengan HAWA.FIFI,RAZIQ, dan HERIZ telah berada di rumah kau semenjak semalam menantikan jenazah kau yang dibawa dari Perak.Mereka hanya bertolak ke tempat kerja pagi ini.JAP pula datang dengan BARD untuk manatap wajah kawan kami yang terakhir.AKU pula dihempap perasaan serba-salah kerana kekangan masa dan jarak yang menyekat aku untuk ke rumah kau.Tetapi aku cuma mahu kau tahu bahawa kami semua sangat menyayangi kau.Kau tiada salah terhadap kami dan kami menghalalkan semuanya.Semoga aman dan tenanglah kau di sana bersama para solehah.



P/S:Kepada kawan-kawanku yang lain, kt harap kamu semua dapat sedekahkan al-Fatihah buat kawan kt-Aishah.




1 Response
  1. Ahmad Afif Says:

    kita entah bila
    esok lusa
    who knows


 
Get Free 3 Column Templates Here