Nukilan seorang insan y ang merindu

PELANGI YANG PUDAR

“Tak mungkin!.”

Hanya itulah ungkapan yang terluah oleh mulutku apabila mendapat berita tentang kemasukan abah ke hospital. 20 April 2002, dalam esak tangis menahan sedu, ibuku menelefon memaklumkan bahawa abah perlu ditahan di wad buat sementara waktu. Entah apa sebabnya, doktor kurang pasti. Namun yang pasti, abah perlu menjadi ‘penghuni’ wad bagi menjalankan pemeriksaan lanjut. Ibuku sekadar mendiamkan diri.

Seminggu berlalu. Abah dibenarkan pulang ke rumah kerana doktor tidak menemui sebarang penyakt pada abah. Hatiku cukup gembira sambil merancang sesuatu untuk meraikan kepulangan abah. Sekembalinya aku dari sekolah, aku sempat singgah ke pasar raya untuk membeli sedikit keperluan. Aku bergegas pulang kerana aku ingin memasak makanan kegemaran abah. Kebetulan ketika abah dipimpin ibu masuk ke dalam rumah, aku sedang menghidangkan makanan. Abah tersenyum manis dan itulah senyuman yang aku rindukan seminggu yang lalu.

Benarlah kata orang; langit tak selalunya cerah. Abah dimasukkan ke hospital semula kerana demamnya yang tidak kebah berminggu lamanya dan acapkali ototnya lenguh-lenguh. Ibu kian runsing kerana abah tidak pernah mengadu sakit tetapi kini abah diarahkan tinggal di wad untuk jangka waktu yang tidak dapat dipastikan lagi. Aduh! Ibu seakan menyalahkan diri kerana tidak prihatin sehinggakan abah sakit begini.

Hati mana yang tidak sayu melihat tubuh kering itu disuntik dengan pelbagai ubat sedangkan puncanya masih gagal ditemui. Doktor masih berusaha untuk mengesan ‘penyerang’ kesihatan abah.

Hari berlalu, minggu berganti dan pada 21 Mei 2002, aku dikejutkan dengan punca penyakit abah. Abah disahkan menghidap Leukemia, sejenis penyakit sel darah putih melebihi darah merah yakni kanser darah; penyakit yang tipis peluangnya untuk sembuh. Ibu terjelopok. Aku juga sudah buntu memikirkan abah kerana setahu aku; Leukemia lazimnya dihidapi berpunca dari keturunan dan tiada seorang pun dari ahli keluargaku yang lain pernah dijangkiti penyakit ini. Saat itu aku memohon pada Allah agar akulah yang menggantikan tempatnya di atas katil. “Ya Allah! Berikankan aku kesempatan untuk mengambil keperitan abah kerana aku tak sanggup kehilangannya. Janganlah Engkau merampasnya dari kami Ya Allah! Aku merayu pada-Mu.”

Ibu belajar hidup tabah. Saban hari selepas pulang dari kerja, ibu akan menjenguk abah di hospital. Tak pernah aku mendengar ibu merungut letih biarpun aku tahu kepenatan sentiasa menyelubungi kesibukan ibuku berkejar ke hospital.

“Aku akan jaga adik-adik.”

Itu janji aku. Aku akan hargai jasa-jasa abah selama ini. Aku mengerti perasaan ibuku. Berperang perasaan antara tanggungjawab sebagai ibu dan juga kewajipan sebagai isteri. Mujurlah nenekku sudi datang ke rumah menjaga kami adik-beradik sepeninggalan ibuku ke hospital. Abangku yang menuntut di matrikulasi ketika itu tidak dibebankan dengan kepayahan aku yang menjaga adik-adik kerana aku tidak mahu emosi abangku bercelaru dan pelajarannya terganggu. Aku tidak lepas tangan. Aku membahagikan masa antara tumpuan untuk menghadapi PMR yang bakal menjelang dan juga keperluan adik-adikku seharian. Aku kasihankan adikku yang bongsu. Pada usia 5 tahun, apalah yang dimengertinya.

Acapkali kakiku menjejakkan tapak di hospital, aku tetap berdoa di dalam hati agar abahku segera sembuh. Aku tak mampu berdiri tanpa abah di sisi. Bila saja aku berpeluang menjaga abah, aku akan pastikan abah sentiasa dalam keadaan baik. Makan minumnya amat kutitikberatkan. Pakaiannya sentiasa kujaga rapi. Biarlah aku susah sekarang. Aku tahu masaku yang terluang di hospital menjaga abah tak boleh disamakan dengan jasa tulang empat keratnya menyara kehidupan kami sekeluarga. Pengorbanannya tak mungkin ada pengganti yang mampu menukarnya. Saat abah terlantar di katil serba putih, aku sering melihat ibuku menyeka air matanya yang tumpah ke pipi. Aku memahami naluri ibu. Isteri mana yang mampu bertahan tatkala suami yang disayangi mengaduh sakit kepala hampir saban hari. Melihat sahaja kesan-kesan lebam kebiruan pada tangan abah sudah cukup meluluhkan naluri kawanitaannya.

“Angah, abah koma…” Isk..isk.. isk..”

Tap! Gagang telefon diletakkan. Panggilan telefon ibu dari hospital amat mengejutkan aku. Aku terkedu. Lantas aku menghubungi makcikku untuk membawa kami adik-beradik ke hospital. Abangku yang menuntut di matrikulasi bergegas pulang setelah kumaklumkan berita sedih itu.

Selama 5 hari abahku koma selepas air tulang belakangnya ditebuk dan diambil melalui kimoterapi untuk tujuan pemeriksaan. Dan selama 5 hari itulah ibuku merintih sayu. Jelas dalam matanya terpamer kapiluan yang ditanggung, betapa peritnya ibuku menelan hakikat perjalanan hidup. Aku juga takut. Takut untuk menerima hakikat bahawa abahku akan ‘pergi’ dijemput Ilahi pada bila-bila masa sahaja. Aku tak mampu untuk kehilangan abah; seorang teman, pendengar, dan perunding masalahku. Kepada siapa lagi harus kuluahkan gelodak jiwaku ini andai abah tiada?.

Setiap saat yang berlalu kurasakan terlalu cepat. Tidak puas rasanya kami sekeluarga menghabiskan masa bermanja-manja dengan abah setiap kali beliau dibenarkan pulang ke rumah setiap minggu. Seolah-olah masa mencemburui kemesraan itu. Kami benar-benar mamanfaatkan dan menghargai detik yang berlalu pantas kerana itulah tanda keikhlasan dan ketulusan hati kami menyayangi abah.

5:43 pagi, lenaku diganggu dengan deringan telefon yang tidak putus-putus berbunyi minta diangkat. Ibuku yang tidak nyenyak tidurnya lantas menjawab panggilan itu dan tiba-tiba… Aku lihat ibuku terduduk menggenggam erat gagang telefon sambil menangis teresak-esak. Aku bangkit mandapatkan ibuku dan bertanya tentang berita yang baru diterimanya melalui panggilan tadi. “Tidak! Abah takkan pergi dulu!!?.” Aku dan ibu bergegas ke hospital menaiki motosikal meredah kesejukan pagi. Kami tidak mahu terlambat untuk bertemu abah yang tenat di wad ICU.Jauhku mengelamun memikirkan yang aku akan kehilangan abah selepas ini. Ah! Abahku tak mungkin meninggalkan kami. Aku berprovokasi dengan perasaanku sendiri.

Seolah-olah batu dihempap ke atas pundakku. Menyaksikan abah kuterbaring kaku di samping wayar-wayar yang melingkari tubuhnya. Kiri. Kanan. Di sekelilingnya dipenuhi mesin-mesin elektronik yang menjadi penyambung riwayat hidup abah. Dari luar cermin bilik, aku melihat sekujur tubuh abahku diselimuti kain putih. Wad ICU menjadi saksi terhamburnya tangisanku memecah keheningan subuh pagi itu. Kakiku lemah tidak bermaya, tubuhku longlai kian rebah. Apatah lagi ibuku yang tergamam terus meluru masuk ke bilik persendirian itu lalu memeluk suami kesayangan.

Jauh di sudut hati, aku teringat kata-kata terakhir abah semalam. Menjenguk abah di hospital benar-benar menguji kecekalanku. Aku sendiri tidak pasti mengapa hatiku menolak untuk melawat abah pada mulanya tetapi setelah dipujuk oleh ibuku, aku pergi jua. Akan tetapi, aku tetap rasa bersalah dengan kedegilan aku yang tidak bertempat. Mungkin inilah hikmahnya aku dapat menatap wajah abah sebelum pemergiannya. Redup mata abah memandangku dengan selirik senyuman kelat yang terukir hambar, mengajarku menjadi lebih berani. Berani menghadapi segala-galanya walaupun hakikat sebenarnya aku tidak mampu. Aku terlalu lemah jiwa menerima dugaan yang maha mencabar ini. Kugagahi juga diriku sambil menguntum senyum yang terselindung di sebalik kesayuan seorang anak terhadap kasih ayahnya. “Jaga ibu baik-baik. Jaga adik-adik ye. Angah pun jangan melawan cakap ibu..” tidak langsung kujangka kata-kata keramat yang keluar dari mulut abahku itu merupakan pesanan terakhirnya.

Aku terbuai dengan peristiwa semalam. Dan hari ini aku berdepan dengan realiti kehilangan abah. Suasana sepi pagi itu bertemakan raungan dan esak tangis yang tidak mampu dikawal lagi. Senduku sudah tidak dapat dibendung lagi. Terhambur jua tangisan yang cuba kuelak sedari tadi. Akhirnya aku mengalah juga dengan ‘keputusan’ yang telah tersurat sejak azali. Takdir qada’ dan qadar telah tertulis. Yang pasti, aku redha dengan kenyataan ini. Biarpun abah pergi dahulu mengadap Ilahi, aku tak bisa melenyapkan bayangan abah dari kotak fikiranku. Akan kuteruskan hidup dibuai nasihat dan pesanan seorang abah sehingga akhir hayatku demi memelihara keluargaku. Al-Fatihah senantiasa kutitipkan buat abah semoga ditempatkan dalam kalangan Mukminun dan orang yang soleh.

How does it takes??

There is nothing we can say bout diz life...
it has been fated..
"melancholic"???
that's how it would describe bout life..
since baby, we juz crying and crying and crying..
today, we has grew up..
but wut we have??
have we thought of all of our life from a day till now??
we should make the decision..
who we are n who we are gonna be..
there' nobody can show us wut to be..
it's come from our pure heart..
to 'build' the real person should be...
as the name "IT'S ME"...


 
Get Free 3 Column Templates Here